MAHA 2008

Buat pertama kali, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani akan mengenakan bayaran kepada pengunjung Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia 2008 (MAHA 2008) yang diadakan pada 11 hingga 23 Ogos tahun depan. Menterinya, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, setakat ini, kadar bayaran tiket itu masih belum ditentukan tetapi beliau berjanji untuk mengenakan satu kadar bayaran yang amat minimum. Beliau berkata, ia bukan untuk mengaut keuntungan sebaliknya bertujuan mengawal kesesakan lalu lintas dan pengunjung yang didapati melebihi 150,000 orang pada tahun lalu. “Kita hanya sasarkan 100,000 pengunjung pada MAHA 2008 dan akan memastikan keselesaan serta kemudahan pengunjung dapat dipelihara,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas membuat lawatan rasmi ke Tapak Pameran Kekal Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS) di sini hari ini.

"jOM KAWAN-kawan.... pi MAHA 2008, jgn pi je... kena bawak balik kenalan atau produk yg kita leh jual kat Karnival Uzsahawan CAnselor nanti tau iaitu pada awal januari 2009...

jom.... pi MAHA 2008

0 comments: