Bangkitlah wahai Usahawan Sejati

khalifah, usahawan, pendapatan sampingan, fendicenter, Peluang Perniagaan, UPMUSAHAWAN bukannya manusia luar biasa
cuma USAHAWAN luar biasa kerjanya
cuma USAHAWAN luar biasa ketabahannya
cuma USAHAWAN luar biasa tindakannya
cuma USAHAWAN luar biasa mindanya
ITULAH bakal usahawan muda

Bertemu USAHAWAN itulah rezeki
kerana USAHAWAN membawa peluang
kepada yang mahu mengubah diri sendiri

Hidup jiwanya bersama USAHAWAN
fikir Kejayaan
fikir Strategi
fikir Kelemahan diri
bukan mencari kelemahan orang lain

Masa bagi usahawan
paling penting
Menyusun, Merancang dan mMengatur
yang paling penting
USAHAWAN tidak takut dengan pesaing
kerana USAHAWAN sering bersedia
tetapi pesaing yang takut USAHAWAN
kerana mereka gimik semata-mata

Istilah gagal dan putus asa
Tiada dalam kamus USAHAWAN
di sebalik gagal ada kejayaan
putus asa pula pintu kekufuran

USAHAWAN punya ibadah sendiri
yang patut dicontohi
bahkan sejarah kejayaan USAHAWAN sendiri
akan ditulis orang suatu hari nanti

Paling penting
USAHAWAN manusia yang bertaqwa
banyak kebajikannya
banyak ibadah dan zikirnya
kuat pejuangannya
amat kasih USAHAWAN pada Rasulnya
amat cinta USAHAWAN pada Tuhannya

Cita-cita USAHAWAN cukup tinggi
kekadang USAHAWAN dikatakan bermimpi
gerak kerja USAHAWAN penuh wawasan
pangalaman lampau jadi degree USAHAWAN
mengalahkan mereka yang punya kelulusan
yang mampu merancang, tapi tiada pengalaman

Kalau tidak
USAHAWAN tak boleh berada di puncak jaya
memiliki yang tak dimiliki
USAHAWAN bukannya manusia luar biasa
USAHAWAN berdiri di atas kaki sendiri.

dr.khalifah
MANAGER
HR GLOBAL BUSINESS ENTERPRENEUR


1 comments:

Nisa said...

salam
nice puisi