1 Maksud 1 Tujuan 1 Matlamat menuju Jutawan 2013


KENANGAN
Kegagalan itu umpama kenangan yang kadangkala teramat pahit untuk diredah tetapi ia terlalu manis untuk dikenang. Hidup selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan. Andainya kegagalan itu berulang lagi sekadar untuk mengecewakan, hadapilah dengan penuh kesabaran kerana ia hanya sementara saja. Kegagalan dan kekecewaan akan mengajar diri anda berjuang untuk masa depan yang cerah berdasarkan pengalaman anda. Gagal bukan bermakna dunia sudah berakhir. Jangan terlalu sedih lupakan segalanya.Terimalah kenyataan dan seterusnya berjuang untuk menjadi Jutawan beriman... Jutawan 2013. amin3x

DUGAAN
Terimalah segala dugaan yang mendatang itu dengan penuh rasa tabah dan penuh optimis dan positif. Sekiranya hari yang dilalui tidak seperti yang dirancang, anggaplah ia sebagai satu dugaan yang mematangkan anda. Jangan sesekali putus asa kerana sematkan di minda bahawa dugaan itu adalah satu permulaan bagi hari yang bakal memberi kegembiraan dan kebahagiaan anda sepanjang hayat..Jutawan 2013. amin3x
PEMIMPIN YANG TERBILANG
Barangsiapa yang menghina orang lain dan menggangap dirinya hebat, orang itu kosong dan bodoh serta sombong. Perbaikilah diri sendiri dulu, sebelum memperbaiki orang lain. Hanya orang-orang yang mempunyai impian serta kejayaan itulah pemimpin yang hebat dan terbilang.
dari Jutawan 2013. amin3x
BINA KEYAKINAN DIRI
Keyakinan diri bermula dari dalam diri dan seterusnya terbina disitu. Jadi, setiap kali anda ingin mencapai sesuatu matlamat, bayangkan diri anda sudah berada disitu seperti yang diharapkan.
Pastikan ia berbentuk positif dan anda berjaya.
Jadikan impian anda itu satu kenyataan dengan cara anda berusaha melaksanakannya bukan sekadar berangan angan kosong yang hanya bunyi je kuat bila diketuk... tapi isinya hanya sekadar angin yang hanya berlalu seketika...
dr. Jutawan 2013. amin3x

DAMPINGI ORANG LAIN
Ucapkan kata-kata yang baik kepada orang lain.
Senaraikan beberapa perkara yang anda suka dan hargai mengenai seseorang.
Seterusnya berilah kerjasama semampu yang boleh kerana dengan bantuan yang diberikan itu dapat meletakkan diri anda dalam keadaan yang lebih bahagia.

yahoo... ayuh kita sama-sama membangunkan ekonomi kita menuju keredaanNYA

0 comments: