Bagaimana Ingin Berjaya Dan Terus Berjaya


Sahabat-sahabat sekalian,
  • Pernahkah anda mengimpikan sebuah kejayaan yang sangat gemilang untuk diri anda, kerjaya anda dan hidup anda yang mampu mengubah keseluruhan hidup anda menjadi lebih baik?
  • Pernahkah anda mengimpikan sebuah kehidupan yang diselubungi kegembiraan, sentiasa rasa senang hati, mempunyai kesihatan yang baik serta mengamalkan cara hidup yang terbaik?
  • Pernahkah anda mengimpikan sebuah rumah yang besar, kereta yang besar, serta tidak perlu berfikir mengenai wang lagi kerana anda sudah mencapai tahap kebebasan kewangan?

Walau apa jua hasrat dan impian yang telah anda sematkan dalam hati sanubari anda, tidak kira betapa besar ataupun kecil keinginan serta impian anda, tahniah diucapkan kerana anda merupakan seorang manusia yang normal. Hanya manusia yang normal sahaja mempunyai keinginan serta impian untuk mencapai atau mendapatkan sesuatu yang diingini.

Namun begitu, Adakah Perkara Ini Merupakan Penghalang Untuk Anda Merealisasikan Keinginan Dan Impian Anda?

Saya tahu kita semua bergelar manusia takkan dapat lari daripada menghadapi masalah. Masalah akan sering menghantui kita selagi kita bergelar seorang manusia. Penghalang inilah yang akan menjadikan anda seorang yang hebat dan terbilang!

Berikan saya nama mereka yang berjaya, ternama dan terkaya di dunia. Mereka semua menggunakan TEKNIK yang sama untuk kekal KAYA dan terus menambah KEKAYAAN mereka. Namun, adakah perkara di bawah menghalang anda?

  • Tidak percaya pada diri untuk capai hasrat setelah diejek rakan-rakan.
  • Tidak mempunyai motivasi ataupun semangat untuk meneruskan usaha mencapai impian yang ditetapkan.
  • Tidak mempunyai fokus untuk mencapai matlamat.
  • Sering berasa rendah diri dan meragui kemampuan diri untuk mencapai apa jua impian.
  • Dan lain-lain masalah lagi..

...atau senaraikan masalah yang menghalang anda di kotak bawah jika tidak disenaraikan di atas:

Percayalah bahawa masalah-masalah yang anda gelarkan ia sebagai penghalang untuk anda mencapai hasrat dan keinginan anda ini bukanlah satu masalah terbesar dalam hidup anda. Ini kerana terdapat satu lagi masalah yang sangat besar yang boleh menghalang anda mencapai apa jua yang dihajati. Masalah ini merupakan masalah dalaman atau dikenali sebagai "Masalah Minda" anda sendiri.


Jangan biarkan ‘suara halus’ itu menghalang anda untuk mendapatkan apa yang anda patut dapat. Ia milik anda. KEKAYAAN alam ini milik anda. Jangan sia-siakan rezeki yang telah diperuntukkan buat anda. Jangan hadkan rezeki anda. Anda adalah pemilik perbendaharaan ini.

Jadi Bagaimanakah Caranya Untuk Anda Merempuh Penghalang Matlamat Anda Dan Mendapatkan Apa Juga Yang Anda Impikan?

Kunci untuk menyelesaikannya hanyalah satu sahaja. Untuk merempuh masalah dalaman minda yang selama ini menjadi penghalang anda mencapai hasrat anda adalah dengan Menguasai Minda Anda Sendiri. Punca utama mengapa anda gagal selama ini ialah kerana Anda Telah Dikuasai Minda. Ini menyebabkan anda berasa tidak percaya pada diri sendiri, tidak fokus dan sebagainya.


Jadi tidak ada cara lain untuk anda mengatasi masalah ini selain daripada anda belajar untuk menguasai minda anda. Percayalah bahawa jika anda mampu menguasai minda anda, anda pasti dapat merealisasikan impian anda tanpa ada perasaan-perasaan yang negatif yang mampu menghalang impian anda menjadi kenyataan. Pendek kata jika anda menguasai minda anda, anda mampu menguasai kejayaan, kekayaan, kemewahan, kegembiraan dan kebahagiaan anda sendiri!

Kini Anda Mampu Dapatkan Apa Yang Anda Ingini Kerana Anda Telah Mengetahui Kuncinya Ialah Anda Perlu Kuasai Minda Anda.. Tapi..

editor from: www.evolusiminda.com

0 comments: