Rahsia Kejayaan

Rahsia Kejayaan
PDF Print E-mail
Written by Administrator
Saturday, 3 Julai 2008

Rahsia Kejayaan : Prof. Dr. Ibrahim Ahmad

Banyak yang diperkatakan tentang kejayaan dan cara memilikinya, namun kita lupa tentang dasarnya atau natijahnya kenapa sesuatu kejayaan itu harus dicapai. Memandangkan zaman semakin maju, persaingan semakin sengit maka mengecapi kejayaan itu adalah sesuatu yang mutlak yang harus dan patut anda mencapainya. Malah kehidupan ini akan lebih indah dan manis jika turut disusuli dengan kejayaan demi kejayaan sebagai motivasi serta alasan untuk terus hidup.

1. Mesti Rasa Ingin Berjaya

Kejayaan akan mendatang jika anda menginginkannya terlalu sangat. Jika didorong oleh rasa yang kut untuk berjaya atau mencapai kejayaan diri, anda menjadi umpama magnet yang kuat yang akan menarik segala bentuk kejayaan atau jalannya ke arah anda. Percayalah jika kuat hasrat, keinginan serta kemahuan anda terhadap kejayaan maka akan datanglah segala bentuk bantuan, jalan, lorong atau peluang untuk anda seolah-olah semua itu mengerti akan kemahuan anda.

Rasa ingin berjaya itu penting supaya minda bawah sedar anda faham dan jelas tentang apa yang anda mahukan. Tanamkan rasa yang betul-betul kuat seolah-olah anda sudah tidak punya pilihan lain selain daripada berjaya. Berikan alasan-alasan yang kukuh dan positif kepada diri anda tentang kenapa anda harus berjaya dan kenapa anda tidak boleh gagal. Seelok-eloknya jangan wujudkan istilah gagal ini di dalam hidup dan minda anda. Tidak salah jika anda ingin merasa taasub atau menjadi fanatik terhadap kejayaan itu. Percayalah tatkala anda mengumpul fokus dan perasaan itu, sebenarnya anda sedang menghantar polar-polar energi di dalam bentuk rantaian kelapangan ether. Tenaga-tenaga ini wujud di atas kepercayaan, keyakinan dan kesungguhan anda dan disokong oleh rasa, keinginan dan sebab yang kuat, maka wujudlah tenaga itu. Rantaian tenaga itu tidak akan putus selagi anda tidak berubah fikiran, rasa atau kepercayaan. Punca ramai orang tidak menemukan kejayaan adalah kerana hilang fokus di pertengahan jalan akibat bebal, putus asa, kecewa, marah, malas, tidak sabar dan lain-lain lagi. Sikap-sikap negatif inilah yang sebenarnya bergantung tentang apa yang anda rasa dan bukannya apa yang anda buat kerana jika difikirkan apa yang anda buat pun sebenarnya terbit dari apa yang anda rasa.

2. Selarikan Minda dan Rasa

Minda akan menerima isyarat rasa lalu menganalisis dan mengakses maklumat untuk diterjemahkan kepada perbuatan. Di sinilah selalunya pengaliran tenaga itu tidak lancar kerana minda tidak positif, tidak terbuka malah dibelenggu dengan kepercayaan karut yang telah anda programkan sebelum ini. Selariknminda dan rasa anda. Jika rasa untuk berjaya itu begitu kuat, maka minda juga harus menerima yang kejayaan itu begitu mudah untuk dicapai. Minda harus dihalakan ke arah yang sangat positif. Minda harus dibuka dengan luas tanpa sekatan. Ingat! Minda anda umpama payung terjun yang akan hanya berfungsi jika dibuka.

Ciri-ciri orang yang berjaya adalah di kalangan mereka yang mempunyai minda yang positif dan terbuka. Jika ditutup minda itu bererti anda menutup segala ruang peluang potensi diri malah rezeki kadangkala anda tidak menyangka hanya kerana anda mengambil sikap yang positif, ia telah menemukan anda dengan peluang dan orang yang anda cari-cari selama ini. Bersikap positif bererti berbaik sangka terhadap diri sendiri dan orang lain. Maka bersikap dan berfikiran positif mulai hari ini. Ia akan mengubah segalanya! Percayalah.

3. Kayakan Jiwa dan Peribadi Mulia Hiasi diri dan peribadi anda dengan sifat-sifat yang positif dan terpuji. Sifat-sifat ini penting bagi membersihkan diri, jiwa dan minda. Inilah caranya yang paling efektif di dalam membentuk personaliti unggul kerana menyemai kejayaan sebenarnya memerlukan jiwa yang bersih dan kaya dengan peribadi mulia serta nilai-nilai murni. Kesemuanya mempunyai elemen-elemen positif yang akan menjadi pemangkin kejayaan anda. Kayakan jiwa anda dengan mendidik diri anda ke arah cara hidup yang positif dan sihat kerana kejayaan sebenarnya memerlukan jiwa yang bersih dan lapang kerana jiwa anda tidak boleh diganggu keresahan, ketakutan, kebimbangan, dengki, khianat, curiga dan lain-lain lagi. Tenangkan jiwa dan menyusur memburu kejayaan. Pasti kejayaan milik anda.

4. Jangan Takutkan Kegagalan

Mungkin inilah juga punca utama kenapa seseorang itu tidak berjaya kerana terlalu takutkan kegagalan. Ini ditambah lagi dengan budaya masyarakat kita yang "takut apa orang kata". Maka kita tidak akan berani mencuba sesuatu kerana takut akan risikonya. Jika dikaji semula di sini, apakah risikony, sebenarnya tidak ada pun. Cuma kita "takut apa orang kata!" Kuatkan dalaman anda dan berpegang pada hakikat bahawa anda tidak boleh menggembirakan semua orang dan tidak boleh mengawal mulut orang.

Baik atau buruk yang anda lakukan, manusia akan terus bercakap. Anda harus fokus kepada diri anda sendiri dan tanyakan soalan; "Haruskah aku mendengar cakap orang lain atau diriku?" Ingat semua akan janji pada diri anda, wawasan dan matlamat anda. Usah pedulikan suara-suara sumbang itu. Lihat pada mereka dan berkatalah bahawa anda tidak akan jadi seperti mereka.

5. Anda Terlalu Istimewa

Perasaan ini penting untuk membuatkan diri anda mempunyai nilai yang tinggi dan hebat. Selalulah berkata-kata dan berdialog dengan diri anda seperti "I'm great" atau "I'm the best". Percayalah saranan-saranan begini, anda akan merangsang diri anda supaya lebih berkeyakinan dan mempunyai kepercayaan yang tinggi. Untuk membina kekutan dalaman, anda harus menyayangi dan menyanjungi diri sewajarnya.

Jangan asyik memuji orang hinggakan terlupa diri sendiri. Itulah sebabnya anda tidak mencapai kejayaan kerana diri anda sendiri merajuk dan tidak pernah dirangsang. Insan-insan yang berjaya adalah di kalangan mereka yang menurut kata hati sendiri, tahu apa yang dikehendaki dan sentiasa merasakan dirinya terlalu istimewa dan berharga. Jika anda mengikuti dan menyelami sepanjang penulisan saya ini lalu mempraktiskannya, saya percaya 70 peratus kejayaan sudah pun berpihak kepada anda.

Manager

HR Global Business Enterpreneur

Email: khalifah_aiman@yahoo.com

1 comments:

azman said...

Sangat bagus jika diamalkan baca selalu,mantap, berkeyakinan dapat mengetahui punca kelemahan diri

Tahniah Tuan