"Program M"

KAMI SEBAGAI KHIDMAT PERUNDING KEWANGAN ANDA

Kejayaan adalah infiniti ( tidak terhingga ). Allah swt menggambarkan dunia dan seluruh isi alam ini hanyalah umpama sebesar sebelah sayap nyamuk sahaja, Subhanallah.

Jadi, pelancaran ‘ Boardgame 110 ‘ oleh NYG yang membolehkan setiap ahli mencapai pendapatan melebihi RM 2 juta setahun adalah sangat kecil dan boleh dicapai jika dibandingkan dengan ayat Allah tadi.

Dengan matlamat yang jelas dan strategi ‘ program M ‘, pihak NYG yakin bahawa ia mampu dilaksanakan dalam tempoh tiga tahun mengikut perancangan ‘ program M ’. Kita hanya perlu yakin kepada potensi yang ada pada diri kita.

Kumpulan NYG akan memberi apa jua sokongan yang perlu bagi setiap ahli untuk mencapai matlamat tersebut. Antara cara untuk memastikan matlamat kita tercapai, setiap ahli diminta untuk melaksanakan apa yang telah diperintahkan oleh Unit Sales Manager ( USM) masing- masing. Jika terdapat keraguan, setiap ahli perlulah merujuk kepada Group Sales Manager (GSM) untuk mendapatkan kepastian. Dengan cara ini kita dapat mengelakkan diri kita dari membuat kesilapan dalam proses kita untuk mencapai kejayaan, Insyallah.

Kita hanya perlu yakin dengan produk Great Eastern seperti polisi ‘ Supreme living Care Plus ‘ yang mana ia adalah penting bagi setiap rakyat Malaysia memilikinya. Apabila setiap rakyat Malaysia perlu memiliki polisi insurans, kita tidak perlu menjual polisi insurans, kita hanya perlu membantu prospek untuk membeli produk yang terbaik bagi keluarga mereka. Pelanggan kita harus mendapat produk dan khidmat yang terbaik dari setiap ahli NYG.

Salam

Perancangan kewangan ( Financial Planning ) perlu kerana dengan perancangan kewangan yang teliti dari sekarang, kita dapat memastikan kedudukan kewangan kita pada masa 20 tahun akan datang masih stabil.

Jika kita tidak merancang kewangan kita, contohnya pada umur kita 50 tahun nanti, jika kita di serang oleh salah satu dari penyakit berbahaya seperti sakit jantung atau buah pinggang, kosnya mungkin menelan belanja dari RM 100,000.00 hingga RM 250,000.00.

Dari sumber manakah kita ingin membayar kos tersebut ? adakah dari tabungan KWSP ? atau ASB yang kita simpan ?atau simpanan Tabung Haji ?

Ada juga yang mungkin terpaksa menjual harta atau membuat pinjaman semula dibank untuk menjelaskan kos penyakit tersebut dan berhutang.

Kami di NYG mempunyai teknik bagaimana untuk mengelakkan kita membayar kos tersebut. hubungi wakil-wakil kami diseluruh Malaysia.

SILA HUBUNGI:

MR. FENDI (012-2642781)
PEGAWAI KEWANGAN ANDA (FINANCIAL PLANING)

0 comments: